Ucapan Aluan
Assalamualaikum,
Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Laman Sesawang Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Laman Sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat daripada Bahagian Keselamatan kepada seluruh warga UPNM khususnya dan pelawat luar amnya mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Bahagian ini bagi rujukan umum semua pihak.
Pewujudan Laman Sesawang ini juga selaras dengan keperluan untuk menyediakan keberkesanan perkhidmatan serta berkualiti kepada pihak yang berkepentingan bagi memastikan reputasi organisasi. Justeru itu, saya amat menghargai dan turut mengalu-alukan semua pihak agar terus melayari dan memberikan maklum balas agar budaya penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan dapat direalisasikan.
Akhir kata, bersama-samalah kita memegang moto UPNM "KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI" agar menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kecemerlangan Universiti terutamanya dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan di Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar.
"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"
Salam hormat dan terima kasih,
"KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI"
Encik Hairul Azuan bin Abas
Ketua Bahagian Keselamatan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia